Bahasa:

The IKEA Kids Club

Surat@smales


Bahasa: English

Kisah Småland

Makhluk gergasi berbentuk hati, lembut dan merah warna bulunya, itulah Sara yang menghuni alam yang dipanggil Småland. Ia sebuah hutan ajaib, tersembunyi dari pandangan sehingga tiada siapa pun dapat menjumpainya kecuali mereka yang dipelawa oleh Sara.
Hutan yang dipenuhi dengan buah beri gergasi yang sangat besar sampaikan adik tidak boleh memegangnya dengan satu tangan.
Sesawang labah-labah yang cukup kukuh untuk didaki.
Dan kasut yang sangat besar di mana adik boleh bersembunyi di dalamnya.
Untuk lebih seribu tahun, hutan dan makhluk aneh ini dijaga oleh Sara. Rahsia yang disimpan olehnya daripada pengetahuan manusia selama ini.
Dan menikmati udara yang bersih, segar dan angin yang meniup pohon-pohon besar, berenang di tasik yang jernih airnya dan menikmati pelbagai keseronokan di dalam kolam gergasi buah beri yang mereka hasilkan sendiri.
Apabila pohon-pohon besar sudah tua ia mati lalu tumbang ke bumi.
Sara akan menggunanya untuk membina rumah atau masakkannya menjadi bubur kertas kegemaran mereka. Ada kalanya kertas yang dikeringkan Sara begitu menyedapkan, yang akan disimpan dan dimakan kemudian apabila mereka berasa lapar.
Bagi menghargai hutan sebagai sumber makanan, Sara juga menanam satu pohon untuk setiap pohon yang dimasak. Dan apabila ia makan dan sarat dengan kertas, bahan buangannya akan membajai pohon yang baru ditanam agar tumbuh dengan pantas.
Sara begitu mengemari bubur kertas dan kertas kering mereka, dan jika diperhati dengan teliti, ada kalanya adik dapat melihatnya merayau-rayau ke sana sini sambil mengunyah-ngunyah!

Selepas 1,000 tahun hidup bersendirian, kini Sara ingin mempelawa setiap kanak-kanak di dunia menyertainya dan menjadi warganegara Småland. Jadi, walaupun adik tidak makan kertas dan bukan berbentuk hati, jika adik berumur antara 4 dan 12 tahun, adik masih boleh menjadi smålish.

Mari mulakan pengembaraan dan terokai keceriaan Småland hari ini.

1 / 11

The IKEA Kids Club