Bahasa:

The IKEA Kids Club

Surat@smales


Bahasa: English

Faedah menyertai småles

Faedah menyertai småles - Kelab kanak-kanak IKEA

Hidangan kanak-kanak berdiskaun & minuman percuma di restoran IKEA pada setiap kunjungan
Kanak-kanak dapat memperoleh $0.50 dållars Smålish untuk setiap kunjungan atau lebih jika mereka membawa suratkhabar ke Bug House untuk kitar semula. Dållars Smålish boleh ditebus sepenuhnya untuk barangan dan aktiviti småles.
Mengambil bahagian dalam aktivti, acara dan bengkel istimewa pada setiap cuti sekolah
Surat Berita Bug setiap suku tahunan dengan aktiviti, permainan dan idea dihantar ke rumah anda
Promosi istimewa bersama rakan terpilih untuk anda dan keluarga anda
Kek puteri percuma pada hari lahir 13 anak anda
Ais krim percuma pada hari lahir Sara

Terma dan syarat

Keahlian småles untuk semua yang tinggal di Malaysia berumur di antara 4 dan 12 tahun (menurut hari lahir adik, sehingga 3 bulan ke hari lahir adik). Keahlian kekal sah sehingga hujung bulan hari lahir yang ke 13, tanpa mengira bila adik sertai.
Permohonan hanya diterima di Bug House IKEA Malaysia.
Permohonan perlu berserta kebenaran penjaga (tandatangan) dan sekeping gambar yang diambil di Bug House untuk melengkapkan passport Smålish.
Setiap småle hanya boleh memiliki satu pasport pada bila-bila masa. Pemilikan tidak sah pendua pasport boleh mengakibatkan penamatan akaun dan denda $2 dållars Smålish. Harga bagi gantian pasport yang hilang berharga $2 dållars Smålish. Bagaimana pun, gantian pasport penuh dengan tiada ruang untuk stem baru ialah percuma.
Pemegang kad sementara mesti melengkapkan keseluruhan proses permohonan dalam masa 3 bulan dari tarikh pendaftaran, untuk menjamin kerakyatan Smålish dan memperoleh pasport.
Setiap kali anak anda mengunjungi IKEA Malaysia dan mengimbas pasport di småles shroom (mesin kupon), dia akan mendapat pelekat untuk pasportnya (maximum satu setiap hari). Hanya dengan mengimbas pasport, kunjungan akan didaftarkan dan akan menerima $0.50 dållars Smålish. Pelekat tidak membuktikan jumlah wang yang anak anda ada.
Penggunaan pasport Smålish, penyertaan dalam acara, pencetakan/penggunaan kupon hidangan, penarikan balik dållars dan kitar semula surat khabar merupakan semua aktiviti yang hanya boleh dilakukan oleh setiap småle berkenaan. Jika faedah pasport/keahlian didapati disalahgunakan, kerakyatannya akan dibatalkan.
Dållars Smålish boleh digunakan dalam pelbagai cara. Dållars dan sänts boleh ditarik balik dan dicetak di småles shroom. Dållars dan sånts Smålish bukan matawang rasmi di Malaysia atau gedung-gedung IKEA. Matawang Smålish yang tidak diguna boleh dipindahkan ke Pembendaharaan Negara Småland apabila kerakyatan tamat.
Dengan mengimbas pasport di småles shroom, anak anda boleh menerima kupon untuk satu hidangan kanak-kanak berdiskaun dan satu minuman percuma di Restoran IKEA. Kupon ini hanya boleh digunakan oleh anak anda, hanya sekali pada hari kunjungan, dan untuk kegunaan di Restaurant IKEA. Jika pasport atau kupon hidangan didapati disalahgunakan, ia akan diambil semula. Pasport mungkin juga dirampas.
Kunjungan ke IKEA Malaysia boleh terjadi seseberapa kerap, tetapi ahli småles hanya boleh peroleh maksimum $10 dållars Smålish untuk kunjungan ke stor dalam setahun (Jan-Dis). Walau bagaimanapun, ada cara lain untuk adik peroleh dållars Smålish.
Dållars yang tamat tempoh dan kehilangan poskad Hari Lahir tidak akan dihidupkan semula atau diganti. Ia merupakan tanggungjawab rakyat Smålish untuk mengambil berat mengenai bila tarikh kerakyatan tamat dan membuat apa-apa penebusan dan kegunaan dållars Småish mereka sebelum tarikh tamat.
Dållars Smålish yang diperoleh semasa tahun kalender (Jan-Dis), tanpa mengira bulan, akan tamat pada 31 Disember dua tahun kemudian, atau pada hujung bulan hari lahir adik yang ke 13, yang mana lebih awal.
Kredit hijau yang diperoleh semasa satu tahun kalender (Jan-Dis) akan tamat pada 31 Disember dua tahun kemudian.
Barangan Småles tidak boleh dipulang atau dibayar semula. Walau bagaimanapun, barangan yang ditebus menggunakan dållars Smålish boleh ditukar dalam bentuk pembungkusan asalnya dalam masa 14 hari di Bug House di gedung IKEA, dengan syarat pekerja IKEA tidak mendapati barangan tersebut kotor, telah diguna atau disalah guna.
Ahli småles mendapat peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti dan acara istimewa. Keizinan penjaga diperlukan sebelum mereka dibenarkan untuk menyertai dalam mana-mana aktivti atau acara. Ia merupakan tanggungjawab adik untuk mengingati tarikh aktiviti yang telah adik daftar. Tiada pembayaran balik diberikan untuk ketidakhadiran.
Ahli småles akan juga kerap menerima Berita Bug dan mempunyai akses ke laman sesawang småles.
Had ketinggian untuk memasuki tempat bermain masih tertakluk tanpa mengira umur.
IKEA berhak menolak mana-mana permohonan kerakyatan Smålish. IKEA juga berhak meminda mana-mana faedah, terma dan syarat operasi program småles tanpa notis terlebih dahulu. Kerakyatan boleh dibatal jika terdapat pelanggaran undang-undang negeri Småland.
Pemerosesan data peribadi adik tertakluk pada Polisi Privasi Data Peribadi Ikano Handel Sdn Bhd seperti yang disiarkan di IKEA.com.my. Jika adik menyediakan maklumat peribadi kepada kami, adik memberi kami kebenaran untuk menghubungi adik untuk tujuan pemasaran, yang mungkin termasuk pesanan melalui pos, SMS atau email. Adik boleh memutuskan untuk menolak jenis pesanan pemasaran pada bila-bila masa. Beberapa maklumat adik boleh dikongsi dengan syarkat pihak ketiga yang menyediakan bantuan pemasaran atau analitik. Sila rujuk di Notis Privasi Data Peribadi untuk maklumat lanjut.
The IKEA Kids Club