Bahasa:

The IKEA Kids Club

Surat@smales


Bahasa: English

Petua untuk Ibu Bapa

Kami faham bukan mudah menjadi seorang ibu/bapa dan dalam beberapa minggu ini, kami ingin berkongsi beberapa petua yang kami dapati sangat membantu anda. Kali ini, kami berbincang mengenai kehidupan lestari di rumah, bukan sahaja menyamankan, malah ia membantu menjimatkan kos melalui banyak cara.

1. Ringankan beban cucian anda.

1. Ringankan beban cucian anda.

Mempunyai anak menambahkan beban basuhan, tetapi kami boleh menghadkan cucian. Anak-anak mungkin suka menyalin pakaian beberapa kali dalam satu hari. Ingatkan mereka agar tidak mencampakkan satu baju ke dalam bekas pakaian kotor, jika mereka hanya memakainya selama 30 minit.

Bila saja pakaian menjadi sangat kotor, basuh hanya pada muatan penuh untuk keberkesanan maximum. Guna air sejuk dan pencuci air sejuk jika boleh. Memandangkan cuaca di Malaysia panas, pakaian perlu dikeringkan di bawah cahaya matahari daripada menggunakan pengering.

2. Guna semula dan kitar semula.

2. Guna semula dan kitar semula.

Kami sayangi anak kami dan ingin memberi mereka yang terbaik, dan juga yang terkini! Selamatkan wang anda dan bumi dengan meminjam atau membeli barang-barang kegunaan biasa jika boleh. Mengitar semula bukan hanya terhad dengan meletakkan surat khabar kami ke dalam tong kitar semula, mengguna semula barang-barang ialah satu bentuk cara kitar semula yang lebih berkesan, dan menjimatkan banyak kos juga!

3. Tuan rumah tukaran baju kanak-kanak.

3. Tuan rumah tukaran baju kanak-kanak.

Pelawa rakan-rakan untuk menukar baju. Pakaian beragam yang hanya dipakai sekali atau dua memang hebat untuk ditukar. Bukan hanya itu, ini menjadi satu alasan untuk bertemu ibu bapa lain, membersihkan almari anak-anak dan mendapat peluang baru untuk membeli lebih banyak baju.

4. Dedahkan anak pada alam semula jadi.

4. Dedahkan anak pada alam semula jadi.

Biarkan anak-anak mendapat peluang mengembara berjalan kaki atau mencari pelbagai tumbuhan dan serangga di taman botani di Malaysia. Anda tidak perlu membelanjakan banyak wang atau bercuti untuk menikmati pengembaran seperti itu!

5. Bawa beg sendiri.

5. Bawa beg sendiri.

Daripada menggunakan beg plastik, bawa beg boleh guna semula dan galakkan anak anda menghiasinya, menghasilkan beg yang kurang membosankan dan menjadikan ini lebih daripada satu pengalaman untuk anda dan anak anda.

The IKEA Kids Club